suria

Gempar cacing berkepala dua, wanita namakan sempena watak siri TV

Cacing berkepala dua yang ditemui seorang wanita di halaman rumah. -foto Sherrie Fox

SEORANG wanita digemparkan dengan penemuan seekor cacing berkepala dua di halaman rumahnya.

Sherrie Fox, 56, berkata, ramai tertarik dengan gambar yang dikongsikannya, menunjukkan makhluk aneh menggeliat di tangannya.

Dalam kejadian di United Kingdom, wanita itu menamakan cacing berkepala dua tersebut dengan nama 'Kevin' dan 'Perry' sempena dua watak dalam siri televisyen era 90-an.

Menurut laporan Glouchestershire, pasangannya merakamkan detik menakjubkan itu pada 8 November lalu sebelum melepaskan 'Kevin' dan 'Perry' ke dalam sebuah pasu tanaman.

Sherrie dari Cheltenham, Gloucestershire berkata, mereka merupakan pencinta hidupan liar.

Sherrie menambah bahawa penemuannya itu adalah jarang berlaku dan berharap videonya akan membawa sesuatu yang 'aneh dan indah' kepada orang ramai.

Selepas meletakkan cacing itu ke pasu tanaman, dia berharap untuk haiwan itu tidak terjatuh ke tanah kerana mahu melihatnya lagi pada masa akan datang. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

cacing, berkepala dua, rare, watak siri TV,

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan