suria

Lelaki rogol budak 11 tahun hingga hamil lapan bulan ditahan polis

Jeronimo-Velasquez ditahan atas dua pertuduhan rogol.

SEORANG lelaki didakwa merogol budak perempuan berusia 11 tahun sehingga hamil sebelum melarikan diri bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan dipercayai diculik.

Insiden itu menggemparkan tiga wilayah di Amerika Syarikat (AS) sehingga beberapa agensi digerakkan untuk menjejaki suspek Mynor Leonel Jeronimo-Velasquez, 31.

Polis mendakwa suspek merogol mangsa di Tennessee sebelum melarikan diri ke Florida.

Ketika kunjungan ke rumah mangsa pada 16 Oktober lalu, ibu kanak-kanak itu membawanya ke hospital dan terkejut mendapati dia hamil lapan bulan.

Selepas meninggalkan Tennessee, suspek dilihat berada di Stuart, Florida bersama dengan seorang budak perempuan berusia sembilan tahun.

Kanak-kanak itu yang dilaporkan hilang dari Tennessee diselamatkan pihak berkuasa dan dikembalikan kepada keluarganya.

Suspek dipercayai ditahan atas dua kesalahan merogol kanak-kanak bawah 13 tahun dan menyebabkan mangsa kini hamil lapan bulan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain