suria

Muat naik gambar bogel dengan tali tampon terjuntai, selebriti media sosial teruk dikecam pengikut

Sophie dikecam teruk oleh pengikutnya kerana memuat naik gambar bogel dengan tali tampon terjuntai. Foto: Sophieelise

SEORANG selebriti media sosial (influencer) menerima kecaman hebat daripada para pengikutnya gara-gara membuat hantaran gambar 'tidak senonoh' di laman Instagram.

Sophie Elise, 25, yang juga seorang penyanyi dari Oslo, Norway, memuat naik gambar bogel dengan tali tampon terjuntai ke laman sosial tersebut di mana dia mempunyai seramai 448,000 pengikut.

Menurut Sophie, perkongsian berkenaan bertujuan untuk menghilangkan stigma sesetengah orang mengenai haid.

"Tubuh saya, titik," tulis Sophie sebagai kapsyen kepada gambar yang dimuat naik itu.

Namun sebaliknya Sophie dilabel memberi contoh yang tidak baik kepada para pengikutnya.

Sophie berkata: "Saya mendapat banyak DM daripada lelaki yang mengatakan 'Ini sangat kotor, saya akan berhenti menjadi pengikut anda sekarang'.

"Saya rasa sangat tak masuk akal apabila orang-orang di dunia ini masih menganggap haid sebagai perkara yang memalukan.

"Saya bercakap secara terbuka mengenai haid, dan sangat menyedihkan bahawa orang menolaknya," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain