suria

Lidah anjing terpotong ketika sesi 'grooming', pemiliknya mahu tuntut keadilan

Lidah Scott tercedera gara-gara tergunting oleh tukang dandan secara tak sengaja.

SEORANG lelaki meluahkan kemarahannya di media sosial selepas lidah anjingnya cedera gara-gara terpotong ketika sesi perawatan dan dandanan (grooming).

Terdahulu, anjing bernama Scott itu dihantar untuk sesi dandanan di sebuah kedai haiwan peliharaan di daerah Quata, Sao Paulo pada 11 November.

Ketika tukang dandan menggunting bulunya, Scott menjelirkan lidah dan menyebabkan individu berkenaan terpotong hujung lidah haiwan itu secara tidak sengaja.

Pemilik Scott, Vanda Souza meluahkan kemarahan di Facebook dan menulis: "Hari ini saya bawa Scott untuk didandan, dan ketika saya menjemputnya, ini yang saya temui.

"Mereka memotong lidahnya. Hati sedih apatah lagi mereka juga mengenakan bayaran. Sungguh tak percaya!

"Scott seekor anjing yang ceria dan keletah tapi sekarang ia menanggung kesakitan dan ketakutan. Dia juga masih belum makan atau minum.

"Jagalah haiwan anda. Bawa mereka kepada orang yang melakukan pekerjaan dengan penuh kasih sayang. Saya mahukan keadilan!"

Posting Souza menjadi viral dan telah dikongsi 22,000 kali oleh netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa marah atas insiden yang menimpa Scott. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

terpotong lidah, anjing, grooming

Artikel Lain