suria

Gara-gara degil mahu teruskan majlis, pengantin perempuan meninggal dunia kerana Covid-19... ibu bapa turut maut

Seorang pengantin perempuan dan kedua ibu bapanya dari Desa Wonorejo, Kalimantan meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19. Gambar hiasan

SEORANG pengantin perempuan dari Desa Wonorejo, Kalimantan meninggal dunia kerana positif Covid-19, gara-gara menolak untuk dirawat kerana mahu meneruskan majlis pernikahannya.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai LD itu dilaporkan pulang dari Jakarta, dua hari sebelum tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober.

Merasa kurang sihat, LD mendapatkan rawatan dan diminta untuk dimasukkan ke dalam wad, namun dia enggan berbuat demikian kerana sedang membuat persiapan untuk perkahwinannya.

Usai majlis pernikahan secara sederhana, pasangan pengantin bertolak ke Wonogiri untuk majlis seterusnya, di mana sewaktu dalam perjalanan, LD sekali lagi jatuh sakit.

Dia yang mempunyai sejarah asma terus dibawa ke hospital dan disahkan positif Covid-19.

Wanita itu dirawat di hospital berkenaan namun meninggal dunia pada 5 November lalu.

Lebih menyedihkan, sehari selepas LD meninggal dunia, ibunya pula jatuh sakit. Dia yang dibawa ke hospital, disahkan positif Covid-19 dan menghembuskan nafas terakhir pada hari berkenaan.

Bapa LD juga kemudian disahkan positif wabak berkenaan dan meninggal dunia pada 9 November lalu. - Kompas

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain