suria

Kecoh! Ramai rasa nak menangis tengok hidangan ikan laga goreng

Posting mengenai ikan laga goreng menggemparkan netizen di Indonesia.

RAMAI dalam kalangan masyarakat kita yang obses dengan ikan laga, yang juga dikenali sebagai ikan betta.

Justeru, agak mengejutkan apabila muncul gambar-gambar menunjukkan puluhan ekor ikan peliharaan itu digoreng untuk dimakan dalam satu posting tular di Indonesia.

Posting itu, yang dimuatnaik di Instagram minggu yang lalu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Terdapat slaid foto menunjukkan sebekas ikan laga yang menjadi kesayangan para peminatnya ini sedia untuk digoreng, berserta ramuan dan adunan tepung serba guna jenama Indonesia.



Ikan laga yang sedang digoreng (kiri) dan sedia untuk dimakan.

Posting tersebut nyata sangat tidak disenangi penggemar ikan betta dan mungkin juga orang lain.

Selepas digoreng, ia kelihatan hampir sama dengan kerepek rangup, sejenis snek yang menjadi kegemaran ramai.

Rata-rata netizen Indonesia berasa 'ngeri' dengan posting ini.



Ikan laga diletakkan dalam bekas dan sedia untuk digoreng.

"Pencinta ikan betta menangis tengok ni, terutama saya," tulis seorang pengguna media sosial.

"Saya ada beli seekor dan saya memberi sepenuh perhatian sehingga ia nampak sangat cantik. Kalau saya ada banyak macam ni saya akan beli bekas besar. Tetapi di sini, mereka mengubahnya menjadi rempeyek, ” kata seorang lagi netizen.

Masih belum diketahui di mana dan bila gambar itu diambil.

Beberapa bulan lalu, tular posting seekor ikan arowana dilemparkan dalam kapal terbang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain