suria

Degil! Pesakit punca kebakaran di hospital, cuba hisap rokok dalam topeng oksigen

Keadaan wad dengan kesan terbakar. -foto Crown Prosecution Service

SEORANG pesakit mengakibatkan kerosakan dengan kerugian hampir £50,000 (RM271,263) selepas menghisap rokok di katil.

Tindakannya itu menyebabkan kebakaran, dan berpuluh-puluh pesakit terpaksa dipindahkan keluar.

Dalam kejadian pada 8 Mei 2019, Lee Williams, 44, menyebabkan kebakaran di University Hospital of Wales di Cardiff, United Kingdom.

Sebelum kejadian, dia beberapa kali tidak mempeduikan amaran bahawa dia tidak boleh menghisap rokok.

Menerusi pendengaran di Mahkamah Cardiff Crown, Williams menyalakan rokok semasa memakai topeng oksigen, mengakibatkan kebakaran besar di dalam biliknya.

Kebakaran menyebabkan asap tebal di seluruh wad, dan kawasan yang terjejas terpaksa ditutup selama dua minggu ekoran kerosakan teruk.

Menurut laporan WalesLive, sehingga 30 pesakit dan pegawai perubatan dipindahkan dan diberikan rawatan kerana trauma dan menghidup asap tebal.

Siasatan mendapati menghisap rokok semasa menggunakan topeng oksigen merupakan punca utama kebakaran.

Hakim, David Wynn Morgan memutuskan bahawa Williams, dari Baglan Street, Treherbert, dikenakan hukuman penjara selama lima tahun. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan