DISEBABKAN sifat ingin tahu, seorang remaja lelaki di China memasukkan wayar sepanjang dua kaki ke dalam saluran kencingnya. Dilaporkan, tindakan remaja berusia 13 tahun dari Dongguan di wilayah Guangdong, selatan China itu dipercayai adalah kerana mahu mengetahui punca air kencingnya. Remaja itu dilaporkan memasukkan wayar berkenaan menerusi kemaluannya tiga bulan lalu, namun dia menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa selepas gagal mengeluarkan wayar itu semula. Wayar itu tersangkut di pundi kencingnya, dan menyebabkannya mengalami kencing berdarah. Menyedari keadaan itu, ibu bapa remaja berkenaan membawanya ke hospital. Doktor juga terkejut ketika mereka melihat imej wayar yang tersangkut di dalam pundi kencingnya semasa imbasan sinar-X. Wayar itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan yang mengambil masa selama sejam. - India.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!