LAMAN Facebook bukan sahaja menjadi medium komunikasi, malah menjadi platform untuk menambah kenalan. Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang bapa tunggal ini apabila dia cedera parah gara-gara menolak pelawaan untuk menjadi rakan di Facebook. Menerusi kes yang dibicarakan di Mahkamah Newcastle Crown, mangsa diserang dengan botol kaca pada Mei lalu. Pelaku yang dikenali sebagai Dixon, 31, mengaku bersalah atas tindakan itu. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 22 bulan ke atas pelaku. Mangsa yang mengalami kecederaan retak tengkorak kepala kini dilaporkan semakin pulih. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!