suria

Baru keluar penjara, penggali kubur kembali ditahan selepas mengaku rogol budak 11 tahun

Pada Februari lalu, dia baru sahaja dibebaskan selepas meringkuk dalam penjara selama 15 tahun.

SEORANG penggali kubur yang baru dibebaskan dari penjara sembilan bulan lalu ditahan semula kerana merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Artem Osipov, 40, mengaku membuat serangan seksual itu dan membunuh Polina Skovorodchenko.

Mayat mangsa kemudiannya ditanam di sebuah tanah perkuburan di Asbest, Rusia.

Ibu mangsa, Alyona, 34, menghubungi polis selepas kanak-kanak perempuan itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

Mayat kemudiannya ditemui polis tiga hari kemudian berdasarkan petunjuk kamera litar tertutup (CCTV).

"Dia jumpa kanak-kanak itu di sebuah jalan dan berborak dengannya.

"Dia bawa pulang ke rumah dan lakukan perbuatan itu," ujar jawatankuasa siasatan kes berkenaan.

Untuk rekod, suspek sebelum ini pernah dipenjara atas kesalahan bunuh, rompakan, kecurian dan penyeludupan dadah.

Pada Februari lalu, dia baru sahaja dibebaskan selepas meringkuk dalam penjara selama 15 tahun. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain