PRODUK keluaran syarikat Apple bernilai £5 juta (RM24.38) juta dicuri dari sebuah lori menerusi satu kejadian di Northamptonshire, England. Menerusi kejadian pada 10 November lalu, pemandu lori dan pengawal keselamatan diikat sebelum produk-produk itu dilarikan. Lori itu kemudiannya ditemui di kawasan Lutterworth, Warwickshire. Dalam satu kenyataan, Polis Northamptonshire berkata, pegawai mereka mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil membantu siasatan. "Mereka juga mahu bercakap dengan mana-mana individu yang ada ditawarkan produk Apple pada harga murah atau dalam keadaan mencurigakan," ujar polis lagi. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!