LEBIH 500 nelayan menghidap penyakit kulit misteri selepas pulang dari laut. Kesemua nelayan dari Senegal itu mengalami luka di wajah, malah beberapa kes pada alat kelamin mereka. Kebanyakan nelayan yang berasal dari beberapa bandar di sekitar ibu kota Dakar itu kini dikuarantin untuk mendapatkan rawatan. Kes pertama dilaporkan pada minggu lalu. Foto yang dikongsi di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengalami bengkak di bibir dan bisul di tangan. Lelaki tersebut juga dilaporkan mengalami sakit kepala dan demam panas. Punca penyakit tersebut masih menjadi teka-teki. Tentera laut Senegal dihantar untuk mengambil sampel air laut untuk analisis. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!