suria

Sinonim dengan Covid-19, Wuhan lancar kempen tarik pelancong selepas wabak mula reda

Antara yang turut dipamerkan tentunya kehidupan waktu malam di Wuhan serta keindahan lampu neon yang menerangi bangunan.

SEBUT sahaja Wuhan, pasti ramai yang terbayangkan wilayah di China itu yang dikaitkan sebagai lokasi tercetusnya wabak Covid-19.

Kini, Wuhan mula membuat promosi pelancongan besar-besaran selepas wabak berkenaan mula reda.

Ia bagi menarik kehadiran pelancong ke wilayah itu sekaligus meningkatkan semula aktiviti ekonomi yang terjejas akibat wabak berkenaan.

Menerusi satu video kempen, ia turut memaparkan tarikan menarik di Wuhan.

Antara yang turut dipamerkan tentunya kehidupan waktu malam di Wuhan serta keindahan lampu neon yang menerangi bangunan.

"Wuhan tak pernah lokek dengan kecantikan, kami mahu orang ramai memahaminya juga.

"Teruja untuk berjumpa kamu semua di Wuhan," tulis biro pelancongan wilayah itu menerusi aplikasi Weibo. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain