suria

Ragut telefon bimbit, lelaki cedera dibelasah mangsa yang juga atlet MMA

Lelaki tersebut mengalami pendarahan di kepala susulan insiden itu.

SEORANG lelaki cedera dibelasah di bahagian kepala selepas cuba meragut telefon bimbit seorang wanita yang juga atlet seni bela diri campuran (MMA).

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Brisa berkata telefon bimbitnya diragut ketika bersiar di sebuah resort dekat Buenos Aires minggu lalu.

Brisa dan rakannya cuba mengejar suspek yang melarikan diri sebelum dia dihalang oleh orang awam.

Gadis berusia 20 tahun itu berjaya mematahkan percubaan suspek dengan membelasah bahagian kepalanya beberapa kali.

Menerusi rakaman video yang tular, Brisa berlalu pergi dan meninggalkan suspek dalam keadaan berdarah di kepala.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan menahan suspek.

Dalam satu temubual dalam sebuah rancangan TV, Brisa berkata dia bertindak membelasah suspek kerana mengambil masa beberapa bulan untuk menyimpan duit bagi membeli telefon bimbit tersebut. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain