suria

Patukan ular tambah derita pesakit Covid-19, bapa dua anak lumpuh

Ian Jones dipatuk ular menyebabkan gejala Covid-19 yang dialaminya bertambah buruk. -foto PA

SEORANG lelaki yang dijangkiti Covid-19 bertarung nyawa selepas dipatuk oleh seekor ular tedung.

Ian Jones, 49, sedang berehat di sebuah perkampungan dekat Jodhpur, Rajasthan di India ketika dipatuk ular tedung di lengannya.

Susulan kejdian itu, Jones hilang penglihatan dan lumpuh, termasuk beberapa kali tidak sedarkan diri selama tiga hari.

Mike Bulpitt, yang bekerja dengan Jones selama enam tahun berkata, bapa dua anak dari Ryde, di Isle of Wight di England itu memberitahu gigitan ular itu memburukkan gejala koronavirusnya.

"Gigitan ular menyebabkan gejala Covid-19 memburukkan, dan dia beberapa kali koma selama dua hingga tiga hari.

"Kami kurang bimbang tentang Covid kerana gigitan inilah yang lebih membimbangkan kami sekarang," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain