TUJUH maut dan dua lagi koma selepas meminum cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di sebuah parti. Kejadian berlaku berikutan mangsa kehabisan minuman beralkohol di parti berkenaan. Kumpulan seramai sembilan orang meminum cecair pembasmi kuman itu di sebuah parti di Tomtor di wilayah Yakutia, Rusia, oada Khamis lalu. Tiga mangsa pertama yang maut adalah wanita berusia 41 tahun dan dua lelaki, masing-masing berumur 27 dan 59 tahun. Manakala enam lagi mangsa diterbangkan menerusi pesawat pemindahan perubatan ke bandar Yakutsk. Pada Jumaat, tiga lagi mangsa, berusia 28,32 dan 69 meninggal dunia. Seorang lagi mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu. Pada masa ini, dua lagi mangsa masih berada di unit rawatan rapi (ICU). Pegawai kesihatan memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk tidak meminum cecair pembasmi kuman. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!