suria

Sedang menderita sakit, pembunuh akhirnya telefon polis buat pengakuan tentang kes jenayahnya 25 tahun lalu

Johny Dwight Whited membuat panggilan telefon kepada seorang detektif dan mengaku telah menembak mati seorang lelaki, 25 tahun lalu. Foto: Mirror

SELAMA 25 tahun menyimpan rahsia, seorang lelaki akhirnya membuat pengakuan kepada polis mengenai jenayah yang dilakukannya lebih dua dekad lalu itu.

Johny Dwight Whited membuat panggilan telefon kepada seorang detektif dan mengaku telah menembak mati Christopher Alvin Dailey yang berusia 26 tahun pada 1995.

Dilaporkan, Whited dari Trinity, Alabama, menyatakan bahawa dia menyesal melakukan perbuatan tersebut dan memberitahu polis yang dia kini sedang menderita sakit.

Detektif Sean Mukaddam memberitahu New York Times mengenai panggilan telefon penuh dramatik yang diterimanya daripada lelaki berusia 53 tahun itu.

Detektif Mukaddam berkata, Whited tidak mengetahui tarikh atau tahun ketika dia didakwa membunuh Dailey.

Tetapi polis membuat catatan setiap kes pembunuhan yang berlaku di bandar tersebut sejak tahun 1980-an untuk menghubungkan Whited dengan pembunuhan yang dilakukannya pada 26 April 1995.

Whited juga bertemu dengan pegawai polis dan memberi mereka maklumat yang sesuai dengan bukti kes tersebut.

Polis dalam satu kenyataan berkata: "Walaupun terdapat banyak siasatan, namun tiada seorang suspek pun dapat dibangkitkan dalam kes tersebut.

"Pada tahun-tahun berikutnya, kes ini juga dikaji beberapa kali," kata kenyataan tersebut.

Whited telah dituduh melakukan pembunuhan dan dikenakan bon berjumlah RM61,387 ($15,000) dan tarikh perbicaraan mahkamah belum ditentukan. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain