SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara pada Jumaat lalu selepas menyebabkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun. Tertuduh, Ankit Punia yang sedang mabuk dikatakan memecah masuk kediaman jirannya. Dia kemudiannya cuba merogol wanita warga emas itu yang kemudiannya meninggal dunia akibat terkejut. Kejadian berlaku di Uttar Pradesh, India pada tahun 2017. "Cucu mangsa terkejut dan sempat tangkap Ankit. Tapi dia berjaya melarikan diri. "Neneknya sempat dibawa ke hospital dan meninggal dunia sewaktu pemeriksaan. "Bedah siasat mendapati mangsa mati kerana sakit tua dan antara punca lain kerana terkejut dengan serangan itu," kata pihak hospital. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!