suria

Pekerja tapak binaan putus separuh badan ditimpa forklift - “Saya tidak sedarkan diri beberapa kali”

Loren putus separuh badan akibat kemalangan ngeri itu.

SEORANG remaja lelaki putus separuh badan apabila dia terjatuh pada ketinggian 50 kaki dalam kemalangan sebuah forklift yang mengerikan.

Loren Schauers dari Great Fall dekat Montana, Amerika Syarikat (AS), terperangkap di bawah jentera seberat empat tan itu pada September tahun lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu yang bekerja di sebuah tapak pembinaan tercampak keluar daripada forklift tersebut dari tebing curam.

"Saya tidak sedarkan diri beberapa kali. Mata saya terbuka luas dan saya dapat lihat forklift itu mendarat di punggung dan lengan kanan.



Sabia menerima Loren dengan seadanya.

"Saya dapat lihat beberapa anggota badan saya terputus dan berada di atas permukaan bersebelahan dengan saya," katanya.

Susulan itu, doktor terpaksa memotong bahagian bawah badannya untuk menyelamatkan nyawa Loren.

Pada awalnya, doktor tidak yakin Loren boleh selamat tetapi dia berjaya melalui pembedahan sukar itu.

Meskipun tidak sempurna, teman wanitanya Sabia Reiche tetap menerima Loren dalam hidupnya.

Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada tahun ini. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain