suria

Terlalu obses hingga sanggup cacah tatu pada alat kemaluan

Tapak tangannya turut dicacah tatu.

SEORANG wanita sanggup membelanjakan lebih RM100,000 untuk memastikan seluruh badannya dipenuhi tatu.

Julia Nuno, 32, mula melukis tatu pada badannya ketika berusia 18 tahun.

Dan dalam tempoh tiga tahun lalu, dia menghabiskan masa selama 234 jam untuk menghias seluruh badannya dengan tatu.

Tidak cukup dengan itu, Julia turut mencacah tatu pada alat kemaluannya, awal bulan ini.

Malah dia juga merancang untuk membuat cacahan tatu pada muka pada masa akan datang.

“Saya bermula dengan cacahan tatu bunga raya yang kecil di dada tetapi sekarang saya tak boleh berhenti.

“Saya rasa semakin banyak tatu, semakin menjengkelkan melihat ruang kosong di badan, ” katanya.

Meskipun keluarga bimbang dengan tabiatnya, Julia berkata dia sering didatangi orang awam yang ingin menyentuh kulitnya itu ketika keluar rumah. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain