SEORANG lelaki dari Nigeria yang digelar sebagai Playboy mencuri perhatian ramai apabila membawa enam wanita hamil bersamanya ke sebuah majlis perkahwinan. Menurut lelaki dikenali sebagai Pretty Mike, kesemua wanita berkenaan sedang mengandungkan anaknya. Dalam majlis itu, enam wanita berkenaan kelihatan memakai pakaian serupa sambil berdiri di sisinya sewaktu foto dirakam. Dalam pada itu, penularan gambar dan kisah berkenaan ternyata tidak disenangi ramai. Malah, ada yang menyifatkan Mike sebagai lelaki yang bermasalah. "Dia perlu diletakkan di unit rawatan rapi (ICU) wad psikiatri, dia menunjukkan tanda-tanda sakit mental," tulis seorang pengguna media sosial. Selain itu, ada juga yang mendakwa tindakan Mike seolah-olah merosakkan majlis berkenaan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!