SEORANG pereka menghasilkan busana 'penjarakkan sosial' setelah mendapat inspirasi daripada situasi pandemik Covid-19. Menurut laporan TNN, seorang pengguna akaun Instagram Syag membuat satu baju dengan radius selebar 6 kaki (1.8 meter), bersesuaian dengan norma penjarakkan sosial. "Ia seperti gelembung penjarakkan sosial anda sendiri," tulis Shay di laman Instagramnya. Dia turut memadankan pelitup muka dengan warna dan bahan yang sama dengan pakaian tersebut. Bagi memudahkan pergerakannya, beberapa roda diletakkan di bawah gaun berkenaan. Lebih 230 meter kain daripada fabrik renda diperlukan untuk menghasilkan pakaian itu. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!