IBU mana yang tidak sedih apabila anak kandung sendiri menjadi mangsa buli penduduk kampung. Itulah yang dialami oleh wanita dari Rwanda ini apabila anak lelakinya, Ellie, 21, yang dilahirkan sebagai anak istimewa, sering menjadi 'sasaran' penduduk. Menurut wanita ini, Ellie yang mengalami masalah pembelajaran tidak mampu bertutur malah tidak menjamah makanan yang disediakannya. Sebaliknya, dia lebih gemar memakan pisang dan buah-buahan di hutan selain memakan rumput! Kata wanita berkenaan, disebabkan anak lelakinya tidak normal seperti kebanyakan manusia lain, maka penduduk kampung menggelarnya monyet. "Yang dia tahu hanyalah lari. Kalau melihat orang, dia akan melarikan diri dari mereka. Ke mana sahaja dia berlari, saya harus mengejarnya. "Sepanjang seminggu kami boleh mencapai jarak sejauh 230 kilometer. Jika saya tidak kejar, dia mungkin tidak akan pulang," kata wanita itu. Sungguhpun tidak sesempurna orang lain, wanita ini menganggap Ellie adalah anugerah Tuhan selepas dia kehilangan lima orang anak sewaktu dilahirkan. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!