suria

Lelaki genius dakwa sudah ramal kehadiran Covid-19, beri amaran ia mungkin tak akan berakhir

Ujar McCash yang berasal dari Scotland, apa yang diramalkannya sebelum ini semuanya menjadi nyata.

SEORANG pakar Matematik mendakwa dia sudah meramal kehadiran Covid-19 sebelum penularannya berlaku.

Malah, dia turut memberi amaran bahawa berkemungkinan wabak itu tidak akan berakhir.

Luthais McCash, 26, yang juga penyelidik di Universiti Leicester mendakwa ilmu yang dimiliki membolehkan dia memahami sifat wabak yang sudah meragut ribuan nyawa itu.

Untuk rekod, dia pernah digelar sebagai lelaki genius oleh sebuah akhbar ketika berusia 16 tahun.

Pada waktu itu, dia menerbitkan satu kertas akademik mengenai kanser.

Ujar McCash yang berasal dari Scotland, apa yang diramalkannya sebelum ini semuanya menjadi nyata. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain