LAIN manusia lain ragamnya. Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia menderita sakit kanser terminal. Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan penipuan itu lebih nyata. Perbuatan itu berjaya memperdaya rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya. Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi. Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu penipuannya. Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula. Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang. Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!