suria

Padah jururawat dedah ingkar SOP, tak pakai pelitup muka di TikTok

Seorang jururawat digantung tugas kerana membuat video mengenai dirinya tidak mematuhi SOP. -foto Loveiskind05/TikTok

SEORANG jururawat digantung tugas selepas memuat naik video di TikTok mengenai dirinya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19, meskipun pesakitnya berisiko tinggi.

Menerusi keterangan video tersebut, Ashley Grames yang digantung tugas di Salem Health di Oregon, Amerika Syarikat, berkata: "Bila rakan sekerja saya mengetahui bahawa saya masih mengembara, tidak memakai pelitup muka ketika keluar dan membiarkan anak-anak saya bermain beramai-ramai."

Video tersebut kemudian menerima kecaman daripada netizen.

Menurut laporan BuzzFeed, Salem Health menggantung tugas jururawat itu di bawah peruntukan garis panduan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, termasuk mengehadkan perjalanan dan menggunakan pelitup muka sekiranya penjarakkan sosial tidak boleh berlaku.

Susulan kecaman itu, jururawat berkenaan memadamkan video tersebut di akaun TikTok miliknya.

Amerika Syarikat mengalami wabak Covid-19 dengan 269.000 kematian, dan dilaporkan seramai 13.6 juta orang dijangkiti setakat ini. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain