KITA pastinya sering tertanya-tanya apakah maksud di sebalik setiap bunyi ‘meow’ oleh kucing kesayangan kita. Adakah mereka lapar, mahu bermanja ataupun membenci pemiliknya? Terbaharu, pengeluar aplikasi Meowtalk mendakwa ia mampu menterjemah bunyi kucing. Menurut wakil syarikat pengeluar, aplikasi itu bakal membolehkan pemilik berkomunikasi dengan lebih mendalam dengan kucing mereka. Dalam aplikasi itu, ia memberi terjemahan kepada beberapa kenginan asas kucing dengan 13 ayat yang telah disediakan. Antaranya beri saya makan, saya marah dan biarkan saya berseorangan. Aplikasi itu tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple’s App Store. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!