SEORANG model berdepan pertuduhan jenayah dan didakwa membunuh suaminya dengan pisau kerana cemburu. Lilia Sudakova, 26, berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah. Wanita dari Rusia itu didakwa membunuh suaminya, Sergey Popov, 28, yang berkenalan dengan seorang wanita di sebuah bar. Menurut kertas pertuduhan, suaminya membawa wanita itu pulang ke rumah sebelum berlaku kejadian berkenaan. Menurut ibu suspek, Irena Sudakova, 48, model itu sememangnya sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Malah, tindakan model itu menikam suaminya merupakan tindakan bagi mempertahankan diri, jelas ibunya lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!