suria

Nasa tawar kontrak kepada 4 syarikat dalam usaha dapatkan sampel debu di bulan

Misi mendapatkan sampel itu akan bermula pada 2022 sehingga 2021 tanpa melibatkan mana-mana tenaga kerja manusia.

AGENSI Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) mengikat kontrak bersama empat syarikat dalam usaha untuk mendapatkan sampel debu di bulan tidak lama lagi.

Menerusi kontrak itu, empat syarikat berkenaan akan melakukan misi ke bulan demi mendapatkan sampel yang dimahukan Nasa.

"Ia sesuatu yang luar biasa apabila kita boleh membeli sampel debu dari bulan," ujar Phil McAlister dari Nasa.

Empat syarikat tersebut merupakan Lunar Outpost of Golden dari Colorado, ispace Japan dari Tokyo, ispace Europe dari Luxembourg dan Masten Space Systems of Mojave dari California.

Misi mendapatkan sampel itu akan bermula pada 2022 sehingga 2023 tanpa melibatkan mana-mana tenaga kerja manusia.

Sampel itu kemudiannya akan diserahkan kepada Nasa dibawah program Artemis.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana sampel itu akan dibawa pulang ke bumi. - India Today

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain