PUTERA Harry disangka jurujual apabila ditegur oleh seorang kanak-kanak lelaki, yang bertanyakan sama ada beliau bekerja di sebuah kedai menjual pokok Krismas. Ketika kejadian, Duke of Sussex itu keluar membeli-belah bersama isterinya, Meghan. Silap faham itu berlaku apabila pasangan diraja itu sedang mencari pokok Krismas di rumah agam mereka di Santa Barbara di Amerika Syarikat (AS). Ia merupakan sambutan Krismas pertama mereka di AS sejak meninggalkan United Kingdom (UK), awal tahun ini. Difahamkan, pasangan itu sedang mencari pokok Krismas, di sebuah kedai di gedung Macy di Santa Barbara. Menurut jurujual, James Almaguer, seorang kanak-kanak mendekati dan menegur Harry yang disangka sebagai pekerja kedai. "Pasangan itu kelihatan sangat baik dan ikhlas. Saya sangat gembira mereka menyukai pokok-pokok kami. "Kami memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Kami amat menghargainya," katanya. - Metro UK Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!