suria

Sanggup tunggang basikal sejauh 550km jumpa mak ayah di kampung

Rahul berbasikal pulang ke kampung halaman sejauh 550km dari Bengaluru ke Kochi, India. -foto TOI

PERJALANAN menggunakan pengangkutan awam bukanlah menjadi pilihan sesetengah orang pada hari ini, terutama mereka yang bernasib baik mempunyai cara lain.

Seperti seorang pemuda di India, Rahul R Nasir, yang mahu pulang ke kampung bertemu ibu bapanya ketika pandemik Covid-19.

Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko menggunakan pengangkutan awam, dia memikirkan cara lain bagaimana untuk pulang bertemu ibu bapanya di Kochi.

Susulan lesen memandunya tamat tempoh pada September lalu, Rahul membuat keputusan untuk menunggang basikal sejauh 550 kilometer (km) dari Bengaluru ke kampung halamannya.

Rahul sebelum ini mengajar jurusan kewangan selama enam setengah tahun di sebuah kolej.

Dia juga berulang-alik sejauh 60km dengan berbasikal dari rumah ke kolej setiap hari.

Perjalanan Rahul pulang ke kampung dari 18 November hingga 21 November menggunakan laluan Bengaluru-Mysuru-Kozhikode-Guruvayur-Kochi. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain