suria

Gara-gara curi gula-gula, ibu ‘hukum’ anak... tangan diikat, dibakar

Mangsa berusia enam tahun kini menjalani rawatan di hospital. -foto Newsflash

SEORANG ibu ditahan selepas didapati mengikat tangan anak perempuannya yang berusia enam tahun dengan jerami, sebelum membakarnya sebagai pengajaran kerana mencuri gula-gula di kedai.

Kejadian berlaku di Alto K'ara K'ara di bandar Cochabamba di Bolivia, selepas mangsa dan adik perempuannya berusia empat tahun mencuri beberapa gula-gula.

Menurut laporan, ibu berkenaan juga mahu membakar tangan anak perempuan bongsunya tetapi anaknya itu berjaya melarikan diri ketika melihat kakaknya menerima 'hukuman'.

Sebelum kejadian, pemilik kedai mengadu kepada ibu bapa kanak-kanak itu selepas mendapati adik-beradik itu mencuri gula-gula menerusi rakaman CCTV.

Mangsa berusia enam tahun itu cedera parah dengan lecur di kedua-dua tangannya, namun stabil menjalani rawatan di hospital.

Sususlan kejadian itu, ibu mangsa ditahan dan hakim memutuskan perbicaraan dimulakan selepas wanita yang hamil enam bulan itu melahirkan anak.

Bapa tiri mangsa berusia 32 tahun turut ditahan kerana menyaksikan kejadian tetapi tidak menghalang perbuatan kejam itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain