SATU pasangan suami isteri akhirnya dikurniakan bayi selepas si isteri mengalami keguguran ketika hamil sebanyak 14 kali. Jo Scollen, 47, dan suaminya, Jason, 49, 'kehilangan' bayi hampir setiap tahun sejak mereka mula mencuba untuk mendapatkan anak pada 2000. Pada satu tahap, doktor memberitahu mereka supaya 'berserah' dengan keadaan itu. Jo tidak menghadapi masalah untuk hamil, tetapi kehamilannya tidak dapat bertahan lebih dari 14 minggu. Pasangan itu mencuba rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), tetapi tidak berhasil. Mereka kemudian menyertai satu pertandingan yang menawarkan hadiah berupa rawatan kesuburan secara percuma. Pasangan itu memenangi pertandingan itu dan menjalani rawatan berkenaan. Suami isteri dari Wimbledon di London itu dikurniakan bayi perempuan bernama Jessica Rose, tahun ini. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!