suria

Syarikat milik Jeff Bezos rancang bawa wanita pertama ke bulan tak lama lagi

Jeff Bezos pernah diiktiraf sebagai individu paling kaya di dunia. Foto: Reuters.

PENGASAS Amazon, Jeff Bezos merancang untuk membawa wanita pertama di dunia mendarat di bulan tidak lama lagi.

Misi itu akan dilaksanakan menerusi sebuah lagi syarikat miliknya iaitu Blue Origin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki paling kaya di dunia, pengasas Amazon Jeff Bezos dan isteri bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Nasa tawar kontrak kepada 4 syarikat dalam usaha dapatkan sampel debu di bulan

Awal tahun ini, Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik mengumumkan rancangan mereka untuk menghantar lelaki dan wanita ke bulan pada tahun 2024.

Misi Artemis itu akan menjadi yang pertama selepas Misi Apollo pada 1972.

Untuk rekod, Jeff Bezos pernah diiktiraf sebagai individu paling kaya di dunia.

Pada tahun lalu, penilaian Forbes dan Bloomberg menganggarkan dia memiliki kekayaan AS$137 bilion (RM562.41 bilion). - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain