SEORANG wanita terkejut apabila menemui seekor ular bersaiz besar sedang melingkar di pokok Krismas yang dihias di dalam rumahnya. Rachael Leah Jackson, yang berhijrah ke Australia sejak 1997, terkejut apabila mendapati reptilia itu sedang melingkar di pokok hiasan berkenaan seperti 'kediaman sendiri'. Ular merupakan perkara yang normal di Australia, tetapi insiden ini sudah cukup membuatkan salah seorang jiran Rachael lari lintang pukang. Menurut Rachael, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan reptilia di rumahnya. "Terdapat ular di mana-mana di Sydney. Kami dikelilingi oleh taman-taman negara dan rumah saya kembali berdekatan kawasan semak. "Saya meminta seorang jiran untuk datang dan membantu, tetapi dia melihatnya dan melarikan diri sambil menjerit," ceritanya. Difahamkan, ular berkenaan adalah daripada spesies ular pokok dan ia tidak berbiasa. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!