suria

Tak masuk akal! Ujian memandu dibatalkan hanya kerana kereta kotor

Jane kecewa apabila ujian memandu anak lelakinya dibatalkan kerana keretanya kotor. Foto: SWNS

TIDAK masuk akal!

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang remaja, Leo Sargent, selepas ujian memandunya dibatalkan pada saat-saat akhir, hanya kerana keretanya kotor!

Menurut ibu Leo, Jane Sargent, dia membersihkan kereta anaknya pada pagi 4 Disember lalu sebelum menghantar anak lelakinya itu ke pusat memandu yang terletak di Norwich.

Bagaimanapun, setibanya mereka di sana bersama kereta model Ford Fiesta yang berusia 14 tahun itu, seorang tenaga pengajar memaklumkan ujian memandu Leo terpaksa dibatalkan kerana kereta tersebut terlalu kotor kerana terdapat kesan lumpur.

"Mereka mengharapkan anda memiliki kereta baru untuk mengikuti ujian.

"Terdapat sedikit lumpur di bahagian bawah pada saat kami tiba, tetapi kami tinggal di sebuah ladang, tak boleh buat apa-apa untuk mengelaknya," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Ujarnya, dia sudah meminta supaya wang yuran ujian memandu itu dikembalikan, bagaimanapun tidak berharap untuk memperolehinya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain