SEORANG warga emas berusia 90 tahun menjadi individu pertama di dunia menerima suntikan vaksin Covid-19 dihasilkan Pfizer-BioNTech selepas United Kingdom (UK) melancarkan kempen vaksinasi pada Selasa. Margaret Keenan, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-91 pada minggu depan berkata, ia adalah 'hadiah ulang tahun yang terbaik' buat dirinya. Keenan menerima suntikan tersebut di sebuah hospital di Coventry, England. "Saya merasa sangat istimewa menjadi orang pertama yang diberi suntikan vaksin Covid-19. "Ia adalah hadiah hari lahir awal yang terbaik buat saya. Ia sangat bermakna kerana akhirnya saya tidak sabar-sabar untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan saya pada tahun baru setelah bersendirian sepanjang tahun. "Nasihat saya, kepada siapa saja yang ditawarkan vaksin, sila terima. Jika saya dapat menerimanya pada usia 90 tahun, maka anda juga boleh menerimanya," kata Keenan. Dijang empat juta individu lagi bakal menerima suntikan vaksin menjelang akhir bulan ini. - BBC.Com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!