suria

Wanita habiskan masa bertahun-tahun pakai korset demi dapatkan pinggang ramping, akhirnya capai ukuran idaman 16 inci

Sam kini mencapai ukuran pinggang 16 inci ketika memakai korset. Foto: curvaceous_sammm/Instagram

SEORANG wanita mengambil masa selama beberapa tahun untuk untuk mengikat abdomennya dengan korset dan bengkung demi mendapatkan pinggang yang ramping.

Sam, 26, menghabiskan dua tahun terakhir mengikat perutnya dengan korset untuk memberikan dirinya sosok 'jam pasir' yang sempurna.

Korset dan bengkung memampatkan bahagian abdomen dan apabila dipakai secara konsisten, ia dapat memberikan hasil separa kekal.

Pinggang semula jadi Sam berukuran pada 30 inci, dan kini dia mendakwa mempunyai pinggang berukuran 22 inci ketika tidak memakai korset.

Pinggangnya 'menyusut' menjadi 16 inci apabila dia mengenakan korset.

Sam biasanya memakai korset berukuran 18 inci kerana mengalami masalah usus, bahkan memakainya di tempat kerja.

"Saya sudah mencapai sasaran saya mempunyai pinggang berukuran 16 inci, tetapi saya sedang mencuba untuk mencapai sasaran 15 inci," katanya.

Pemegang rekod dunia bagi individu yang mempunyai ukuran pinggang terkecil ketika ini adalah Cathie Jung dari Amerika Syarikat, yang mempunyai pinggang berukuran 15 inci ketika mengenakan korset. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pinggang ramping, korset, jam pasir

Artikel Lain