suria

‘Kembar’ Angelina Jolie dipenjara kerana suntingan keterlaluan di Instagram

Sahar Tabar dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara kerana suntingan berlebihan di Instagram.

INSTAFAMOUS Iran, Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemah Khishvand dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara.

Tabar yang mempunyai 486,000 pengikut di Instagram menjadi sebutan kerana melakukan puluhan pembedahan plastik hanya kerana mahu kelihatan seperti pelakon Hollywood, Angelina Jolie.

Terdahulu, gadis berasal dari Tehran itu ditangkap pada Oktober 2019 atas tuduhan menghasut ke arah keganasan.

Laporan awal mengatakan dia menghadapi hukuman penjara antara tiga bulan dan dua tahun kerana suntingan berlebihan ke atas gambar-gambarnya.

Tetapi peguamnya kini mendakwa bahawa wanita itu telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, lapor MailOnline.

Media itu memetik wartawan Iran, Masih Alinejad sebagai sumber yang mengatakan bahawa perkara itu diberitahu oleh peguam Tabar.

"Penjara 10 tahun untuk Instagramer Iran yang menggunakan solekan dan suntingan untuk menjadi Angelina Jolie.

"Sahar Tabar baru berusia 19 tahun. Ibunya menangis setiap hari untuk membebaskan anak perempuannya yang tidak bersalah. Angelina Jolie, kami memerlukan suara anda di sini. Tolong kami," tulis Alinejad di Twitter. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan