suria

Suami isteri maut akibat Covid-19 selang 2 minggu, sempat sambut ulang tahun perkahwinan ke-52

David dan Maria meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada 28 September lalu. -foto Catie Wells/ SWNS

SATU pasangan suami isteri yang menghabiskan masa bersama selama 52 tahun, maut akibat Covid-19.

Kedua-dua mereka menghembuskan nafas terakhir selang 14 hari.

David, 76, dan Maria Emmott, 74, dari Oldham, Greater Manchester di United Kingdom, meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada 28 September lalu, dengan keluar minum bersama.

Pada 18 Oktober, David yang merupakan seorang moyang dan pesara pembuat peralatan itu mengalami gejala semaa pemeriksaan dada, berikutan menghidap penyakit pulmonari kronik (COPD).

Dia kemudian disahkan positif Covid-19 dan menjalani pengasingan diri selama dua minggu.

Menuru laporan Manchester Evening News, David mula mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke hospital sebelum ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Selepas beberapa hari kematian David, isterinya, Maria rebah di rumah dan dibawa ke hospital. Dia juga disahkan positif Covid-19.

Hanya selepas dua minggu kehilangan suami dan lima selepas meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, Maria meninggal dunia pada 1 November. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan