TINDAKAN seorang lelaki memanjat sayap pesawat Alaska Airlines, menggemparkan penumpang yang berada di dalam kabin. Menerusi klip video yang dirakamkan oleh seorang penumpang, Brooke Knight pada Sabtu, lelaki berkenaan cuba mengimbangi diirnya di sayap pesawat itu. Dia turut dilihat melemparkan kasut dan stokingnya bagi membolehkannya mendapat pautan yang lebih kuat. Namun, ketika cubaannya beberapa kali, dia terjatuh ke landasan pada ketinggian kira-kira tiga meter. Insiden tersebut menimbulkan kekecohan dalam kalangan penumpang. Lelaki yang tidak bergerak di landasan itu kemudian diperiksa oleh pasukan penguat kuasa. Menurut satu kenyataan oleh Alaska Airlines, pesawat bagi penerbangan 1357 dari Las Vegas, Amerika Syarikat ke Portland, Columbia sedang membuat persiapan untuk berlepas ketika kejadian. Tambah kenyataan itu, juruterbang menyedari seorang individu mendekati pesawat pada kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan). "Pasukan penguat kuasa menahan individu tersebut dan menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat. "Penumpang dan anak kapal selamat dan mereka memberi kerjasama dengan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!