SEORANG ibu melahirkan rasa kecewa selepas keluarganya 'dihalau' keluar dari pesawat gara-gara anak perempuan mereka yang berusia dua tahun enggan memakai pelitup muka. Eliz Orban dan suaminya memakai pelitup muka ketika menaiki pesawat yang menuju ke Newark dari Denver, namun diberitahu oleh kru kabin bahawa anak mereka juga mesti memakai pelitup muka. Eliz sempat membuat rakaman bagaimana suaminya memujuk dan meyakinkan anak perempuan mereka untuk memakai pelitup muka. Namun belum pun berjaya berbuat demikian, pramugari United Airlines memaksa mereka keluar dari pesawat walaupun suaminya memberi jaminan bahawa dia akan menutup wajah anak kecil itu. Eliz juga mendakwa dia dan suaminya tidak dibenarkan membawa barang-barang mereka bersama ketika diminta untuk keluar pesawat di Lapangan Terbang Denver. Rakaman yang diambil oleh Eliz telah dikongsi di media sosial pada Ahad, sekaligus mengundang reaksi yang pelbagai dari netizen. Sebilangan netizen mengecam ibu bapa tersebut kedegilan anak perempuan mereka namun segelintir yang lain melahirkan rasa simpati dengan nasib yang dialami mereka. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!