suria

Ajal ketika mahu bergambar, pelancong wanita maut selepas terjatuh dari ketinggian 260 kaki depan ahli keluarga

Pemandangan dari Boroka Lookout di Victoria's Grampians National Park, Australia. Foto: Visit Grampians

SEORANG pelancong menemui ajal selepas terjatuh dari ketinggian 260 kaki ketika mahu mengambil gambar di Victoria's Grampians National Park, Australia.

Pelancong wanita berusia 38 tahun itu dilaporkan tergelincir ketika sedang mahu bergambar di Boroka Lookout di lokasi pelancongan itu sekitar pukul 3 petang Sabtu.

Mangsa yang berasal dari Craigieburn, Melbourne, mengunjungi lokasi itu bersama keluarganya, menurut laporan.

Difahamkan, tragedi itu berlaku di hadapan ahli keluarganya.

Polis telah melancarkan siasatan susulan kejadian itu, namun menolak kematian tersebut mempunyai unsur mencurigakan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain