SEBUAH kilang diserbu kerana menghasilkan rempah palsu menggunakan najis keldai dan asid. Kilang yang terletak di Agra, India itu diserbu pihak berkuasa pada Isnin. Dalam serbuan itu, 300 kilogram (kg) bahan ditemui termasuklah najis keldai, herami padi, pewarna dan beberapa tong berisi asid. Pemilik kilang turut ditahan sementara 27 sampel diambil untuk siasatan lanjut. Malah, pemilik juga gagal mengemukakan lesen operasi kilang tersebut sewaktu ditahan pihak berkuasa. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!