suria

Beri ucapan penuh emosi di Facebook, ibu tembak mati anak berusia 10 tahun sebelum bunuh diri

Salah seorang daripada anak disyaki mati dibunuh.

SEORANG ibu bertindak menembak mati anak lelakinya sebelum membunuh dirinya.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas mengucapkan Selamat Tahun Baharu dan mengatakan 'semoga anda semua memperoleh kedamaian' di Facebook.

Polis Texas menemui mayat Chelsee Dodd, 43, dan anak lelakinya, Trace Dodd, 10, di lokasi kejadian di rumah mereka.

Anak perempuannya berusia 16 tahun ditemui dalam kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.

Menurut polis pada Khamis, kejadian berlaku di sebuah rumah di pinggir bandar Texas di Santonio.

Pada Selasa, Chelsee menulis di Facebook: "Semoga anda semua menemui kedamaian pada Tahun Bahary. Selama Hari Krimas daripada The Dodds!"

Selain ucapan, gambar anak lelaki dan anak perempuannya memegang gula-gula turut dimuat naik

Polis sedang menyiasat motif kejadian. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain