suria

Menyayat hati! Kanak-kanak ‘bercakap’ dengan CCTV minta mak ayah balik rumah

Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang kanak-kanak seperti sedang bercakap sesuatu. -foto Douyin/yubing99999

SEORANG kanak-kanak dirakamkan memanggil ibu bapanya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) begitu menyayat hati.

Chang, 35, dan isterinya meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia setahun bersama neneknya di rumah di bandar Anqing di China.

Mereka pula terpaksa menempuh perjalanan selama lima jam untuk bekerja di bandar lain dekat Shanghai.

Menerusi rakaman CCTV pada 17 Disember, Chang mendapati anak perempuannya berdiri di depan pintu dan memanggil nama mereka.

Budak perempuan itu dapat didengar bercakap sesuatu sebelum mengeluarkan kata-kata seperti "Papa! Mama!"

Kanak-kanak berkenaan kekal berada di tepi pintu dan melihat ke arah kamera, seolah-olah menunggu ibu bapanya untuk memberikan respons.

Bercakap kepada media tempatan, Chang berkata, dias sering memeriksa keadaan anak perempuannya menerusi CCTV di pintu rumah.

"Saya rasa dia menyangka kamera itu sebagai mak dan ayahnya. Saya tak sanggup melihat keadaan ini.

"Saya dan isteri bekerja di bandar Wuxi, dan kami jarang pulang ke rumah kerana jauh," katanya.

"Kadang-kadang dia bercakap seorang diri. Tapi saya faham dia memanggil kami untuk pulang ke rumah," tambahnya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain