suria

Lelaki 72 tahun gali 16 tasik, atasi masalah air di kampung dengan wang sendiri

Dia turut menerima pujian kerajaan sehingga dikurniakan anugerah khas atas usaha murninya itu.

AIR merupakan keperluan utama dalam kehidupan kita.

Di sebuah kampung di India, seorang warga emas berusia 72 tahun, Kalmane Kamegowda kini popular apabila berjaya mengatasi masalah air yang berlaku dengan menggunakan wang sendiri.

Kamegowda yang tidak pernah ke sekolah menghabiskan wang simpanannya untuk menggali 16 tasik, sekaligus membekalkan air untuk penduduk yang lain.

Malah, dia turut diberi gelaran sebagai lelaki tasik.

Selain manusia, tasik itu turut memberi manfaat untuk haiwan di kawasan itu.

Kamegowda turut menerima pujian kerajaan sehingga dikurniakan anugerah khas atas usaha murninya itu. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain