suria

Cabar diri, jurufoto rakam suasana ngeri dalam rumah penyembah syaitan

Ben turut menemui lilin, dipercayai digunakan untuk aktiviti ritual di rumah itu.

SEORANG lelaki berkongsi hasil foto miliknya selepas dia masuk ke sebuah kediaman di Zennor, Cornwall, England.

Menurut jurufoto dikenali sebagai Ben itu, dia cuba memberanikan diri masuk ke kediaman milik seorang penyembah syaitan.

Ujarnya, dia percaya kediaman itu menjadi pusat pemujaan pada abad ke-20.

"Agak menakutkan berjalan di dalamnya. Tempat itu ada perasaannya yang tersendiri. Ia bagaikan masih menyelubungi kami selepas keluar.

"Mengetahui tempat itu pernah menjadi pusat pemujaan syaitan membuatkan ia ngeri untuk diterokai.

"Siapa tahu ada individu ditanam di bawah rumah itu?" ujarnya lagi.

Tambah Ben, dia turut menemui lilin, dipercayai digunakan untuk aktiviti ritual di rumah itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain