suria

Saintis Rusia sedang kaji vaksin Covid-19 ditemui mati dalam keadaan aneh

Polis percaya berlaku pergelutan sebelum mangsa meninggal dunia.

SEORANG saintis Rusia yang dipercayai terlibat dalam penyelidikan vaksin ditemui mati pada Sabtu lalu.

Berusia 45 tahun, ahli biologi itu, Alexander "Sasha" Kaganskydia ditemui mati di St Petersburg selepas jatuh bangunan.

Namun, pihak berkuasa turut berasa sangsi apabila siasatan turut menemui kesan tikaman pada badannya.

Menurut akhbar Rusia, Moskovsky Komsomolets, pihak berkuasa negara itu sudah membuka kertas siasatan berhubung kematian saintis berkenaan.

Polis percaya berlaku pergelutan sebelum mangsa meninggal dunia.

Dia sebelum ini pernah berkhidmat di Universiti Edinburgh bermula tahun 2005 sehingga 2012. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain