MENERUSI satu pendedahan terbaharu, seorang gadis berusia 15 tahun di Bhopa, Madhya Pradesh, India dilacurkan oleh kakak kandungnya sendiri. Selain itu, mangsa turut diberikan dadah oleh kakaknya yang berusia 20 tahun itu. Segalanya terbongkar selepas gadis itu dihantar ke pusat perlindungan oleh ibunya pada bulan lalu. Selepas membuat luahan kepada kanselor, dia turut dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan. Menurut gadis itu, dia mula dilacurkan seawal usia 13 tahun. Selain itu, dia mendakwa pernah dirogol oleh sepupunya. Malangnya, ibu gadis itu tidak pernah sedar akan apa yang berlaku selama ini. Dia kini berada di pusat perlindungan dan diberi kaunseling serta rawatan untuk mengubati ketagihan dadah. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!